KOTA BHARU: Lebih 80 peratus daripada 2,000 penduduk sekitar Kampung Limbat di sini mengambil keputusan menggali telaga tiub berikutan ketiadaan bekalan air bersih daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sejak beberapa bulan lepas.
Penduduk, Bukhari Daud, 67, berkata alternatif itu diambil sebagai usaha terakhir mereka untuk mendapatkan air walaupun perlu mengeluarkan belanja hingga lebih RM2,000.
"Masalah ketiadaan bekalan air ini bukan perkara baharu, sebaliknya sudah berlaku sejak sekian lama di kawasan ini. Kebanyakan penduduk di sini memang menggali telaga sendiri untuk mendapatkan air bagi kegunaan harian kerana kami tidak boleh mengharapkan bekalan air AKSB.
"Masalah ini lebih serius sejak awal tahun ini apabila bekalan air tiada langsung dan ia sangat menyukarkan kehidupan kami," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Menurutnya banyak aduan telah dibuat kepada AKSB, namun masalah itu tidak dapat diselesaikan dan berlarutan hingga hari ini.
"Apabila aduan dibuat, AKSB akan menyarankan kami membeli tangki untuk mereka hantar air ke rumah. Masalahnya, bukan setiap hari mereka dapat hantar sedangkan kami perlukan air untuk kegunaan harian," katanya.
Bukhari berkata lebih perit apabila masalah tersebut terpaksa dihadapi penduduk sepanjang bulan bulan puasa dan Aidilfitri lepas menyebabkan ramai mengambil keputusan membina telaga tiub.
"Itu sahaja pilihan yang kami ada walaupun terpaksa menyediakan sejumlah besar wang bagi tujuan tersebut kerana hendak mengharapkan air AKSB seolah sesuatu yang mustahil dan tidak berpenghujung," katanya.
Bagi Mohd Zawawi Yusof, 49, pula dia mengambil keputusan membina telaga tiub selepas tidak tahan dengan masalah air yang tidak berkesudahan dan pelbagai aduan dibuat tidak mendatangkan hasil.
Katanya dia menghabiskan hampir RM2,000 bagi membeli enjin, tangki, pendawaian selain upah menggali telaga tiub dengan bayaran RM16 sekaki.
"Sepanjang bulan puasa lepas isteri tidak dapat masak juadah berbuka kerana air tiada. Setiap hari kami terpaksa beli makanan di bazar Ramadan atau kami berbuka di masjid.
"Untuk mencuci pakaian kami ke dobi dengan kos kira-kira RM20 sehari, selain terpaksa membeli air minuman kerana mesin penapis air yang disewa tidak dapat digunakan walaupun bayar setiap bulan," katanya.
Peniaga nasi berlauk, Samieha Hasnul Hardi, 32, berkata dia tidak boleh berharap kepada bekalan air bersih daripada AKSB untuk menjalankan perniagaan.
"Kalau ada air pun terlampau perlahan dan tidak mencukupi untuk kegunaan memasak lauk-pauk jualan. Kalau hendak mengharapkan bekalan air AKSB memang saya tidak dapat berniaga sedangkan itu sahajalah sumber pendapatan saya.
"Sebab itu dari dulu lagi kami gali telaga sendiri agar dapat menggunakan air tanpa gangguan. Kalau hendak mengharapkan air daripada AKSB semata memang tidak boleh," katanya.
AKSB dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan musim kemarau sejak Ramadan telah menyebabkan penyusutan air mentah terutama di muka sauk.
Faktor tersebut memberi kesan kepada beberapa buah loji termasuk Loji Rawatan Air (LRA) Chicha yang pada ketika ini mengalami penyusutan.
Dalam kenyataan sama, AKSB memaklumkan sebuah telaga runtuh di LRA Perol menyebabkan kurangnya air mentah untuk dirawat dan mungkin mengambil masa hingga Ogos untuk diselesaikan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023
Penduduk Rafhanah Rau'ah Mohd Zawawi, 18, menunjukkan sistem air telaga tiub di kediamannya ketika ditemui di Kampung Limbat hari ini. - Gambar/ Bernama
THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama
Kemenangan itu membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.
Tiada lagi tempat selamat di Gaza - UNRWA
Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini, mengecam tanggapan “zon selamat” di Gaza sebagai palsu dan mengelirukan.
Asap besar selubungi Gaza di sebalik kemaraan Zionis
Kepulan asap besar kini menyelubungi bumi Gaza.
Asap boleh dilihat secara ketara di langit dari Selatan Israel, ketika tentera Israel mengarahkan pemindahan orang awam di bandar selatan Rafah.
Asap boleh dilihat secara ketara di langit dari Selatan Israel, ketika tentera Israel mengarahkan pemindahan orang awam di bandar selatan Rafah.
31 maut banjir besar landa Sumatera Barat
Sekurang-kurangnya 31 maut, 15 masih hilang dan lebih 40 orang cedera berikutan hujan lebat yang membawa banjir dan tanah runtuh ke wilayah Sumatera Barat, Indonesia.
Bangunan Runtuh: Selepas seminggu, 36 mangsa masih terperangkap
Angka kematian dalam runtuhan bangunan di Afrika Selatan meningkat kepada 16 orang, dengan 36 pekerja binaan masih terperangkap di bawah runtuhan.
Menurut pihak berkuasa Bangunan bertingkat berkenaan sedang dalam pembinaan, lalu runtuh dalam sebuah kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.
Menurut pihak berkuasa Bangunan bertingkat berkenaan sedang dalam pembinaan, lalu runtuh dalam sebuah kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.
Dr Dzulkefly zahirkan komitmen tangani masalah profesion jururawat
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menzahirkan komitmen beliau untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan jururawat di negara ini terutama membabitkan isu gaji dan kebajikan mereka.
PM tiba di Doha bagi lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba Doha, Qatar pada Isnin untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari bagi memenuhi undangan Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan menghadiri Forum Ekonomi Qatar 2024.
Rumah Panjang Nanga Engkuah dipilih Kampung Angkat Madani KKR
Rumah Panjang Nanga Engkuah di Ulu Katibas, Song melakar sejarah tersendiri apabila terpilih menjadi Kampung Angkat MADANI pertama di negeri Sarawak.
Pelajar 17 tahun cedera jatuh dari tingkat lima PPAM
Mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat.
Lelaki diserang buaya ketika jala ikan di Pantu
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dimulakan pagi ini, kerana keadaan malam tadi sudah terlalu gelap.
RM5.03 bilion, masalah air Kelantan selesai - AKSB
AKSB mendedahkan masalah bekalan air yang membelenggu rakyat negeri ini sejak puluhan tahun itu mampu diselesaikan jika mempunyai sumber kewangan berjumlah RM5.03 bilion.
Isu air Kelantan: Penduduk bina telaga tiub selesai masalah bekalan air bersih
Lebih 80 peratus daripada 2,000 penduduk sekitar Kampung Limbat di sini mengambil keputusan menggali telaga tiub berikutan ketiadaan bekalan air bersih daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
Isu air Kelantan: Aidilfitri tanpa rumah terbuka, mandi tumpang telaga
Masalah ketiadaan air di beberapa lokasi di negeri ini yang meruncing menyebabkan pengguna terpaksa menjalani rutin seperti mandi sunat satu Syawal dengan menumpang air telaga rumah jiran.
Isu air Kelantan: 'Beri potongan bil 50 peratus kepada rakyat' - ADUN Galas
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, berkata potongan bil Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) itu adil dengan perhidmatan yang diterima pengguna.